Wednesday, November 3, 2010

Jangan ecxited nak chanteq tanpa usuL kaji yea;)

Sumber : Berita harian, 15 Ogos 2010
47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam
Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. “Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor. Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan. Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung. “Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya. Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.
aLahan daripada penggunaan hydroquinone









Kosmetik Beracun
Akhbar Harian Metro melaporkan mengenai rampasan produk kosmetik yg dicampuri bahan beracun tretinoin. Bahannya diimpot dari Filipina oleh syarikat bukan bumiputera dan dibekal kepada syarikat perniagaan bumiputera bagi dipasarkan dengan jenama yg sudah terkenal sekarang.
Hasil pemeriksaan Pegawai Penguatkuasa Farmasi KKM, produk krim malam yg dijual lebih kurang RM16.00 itu mengandungi bahan kimia bahaya, tretinoin.
Penggunaan tretinoin berlebihan boleh menyebabkan:
-  kulit rasa terbakar
-  kulit jadi gatal
-  kulit kering & mengelupas
-  bertambah jeragat hitam pada kulit
-  sensitif pada cahaya matahari/UV
-  barah kulit
Jika anda berasa pedih atau kulit jadi kemerahan bila memakai sesuatu produk, dinasihatkan supaya menghentikan penggunaannya.